Thursday, 19 March 2015




Had Deria Penglihatan Dan Pendengaran


Nama : Abdullah Khoirunizam
Tingkatan : 2 KP 1





Pengenalan


     Deria manusia terdiri daripada lima deria yang penting iaitu, deria rasa, deria sentuhan, deria bau, deria penglihatan dan deria pendengaran. Masing-masing menggunakan organ deria yang tersendiri dan juga spesifik dengan fungsinya. Sebagai contohnya, deria penglihatan menggunakan mata sebagai organ deria dan deria pendengaran menggunakan telinga sebagai organ deria.

     Walau bagaimana pun, terdapat beberapa had dan halangan tertentu kepada deria penglihatan dan deria pendengaran kita. Sebagai contohnya, mata kita tidak dapat melihat objek yang sangat kecil seperti kuman. Manakala telinga kita pula tidak dapat mendengar bunyi yang sangat kecil atau yang sangat kuat.

     Namun, dengan adanya teknologi moden,  halangan dan had kepada deria seperti ini dapat juga diatasi. Alatan seperti teleskop, mikroskop, kanta pembesar, sinar-X, periskop, teropong dan alat pengimbas ultrabunyi dapat membantu mengatasi had kepada deria penglihatan kita. Manakala alatan seperti mikrofon, pembesar suara, stetoskop dan alat bantu dengar pula mampu untuk membantu kita mengatasi had deria pendengaran.







Definisi Had Deria Penglihatan dan Had Deria Pendengaran

     Had Deria Pendengaran adalah keterbatasan terhadap deria pendengaran yang disebabkan oleh halangan tertentu pada fungsi organ telinga.


Sebagai contohnya:
- tidak dapat mendengar bunyi yang terlalu kecil (sebab tuh kita guna pembesar suara)
- tidak dapat mendengar bunyi jantung (sebab tuh kita guna stetoskop)


Had Deria Penglihatan adalah keterbatasan terhadap deria penglihatan yang disebabkan oleh halangan tertentu pada fungsi organ mata.

Sebagai contohnya:

- tidak dapat melihat objek yang terlalu kecil (sebab itu kita guna mikroskop)
- tidak dapat melihat objek yang terlalu jauh (sebab itu kita guna teleskop)
- tidak dapat melihat objek yang berada di sebalik dinding (sebab itu kita guna periskop)





Alatan Untuk Mengatasi Had Deria Penglihatan


Nama : Mikroskop   
Fungsi : Untuk melihat objek yang amat seni


Nama : Kanta Pembesar

Fungsi : Melihat objek yang kecil.


 
Nama : Teleskop
Fungsi : Melihat objek yang sangat jauh



Nama : Sinar-X
Fungsi : Untuk mengimbas imej tubuh badan bagi digunakan untuk tujuan perubatan

Nama : Periskop
Fungsi : Untuk melihat objek di hadapan yang terlindung oleh halangan


Nama : Teropong
Fungsi : Untuk melihat objek yang jauh


Nama : Alat Pengimbas Ultrabunyi 
Fungsi : Untuk mengimbas bahagian dalam badan dengan menggunakan imbasan ultrabunyi



ALATAN UNTUK MENGATASI HAD DERIA PENDENGARAN


Nama : Mikrofon
Fungsi : Untuk menukar gelombang akustik ke dalam bentuk getaran mekanikal


Nama : Alat Pembesar Suara
Fungsi : Untuk menguatkan lagi bunyi yang dihasilkan


Nama : Stetoskop
Fungsi : Untuk mendengar bunyi degupan jantung


Nama : Alat Bantu Pendengaran
Fungsi : Untuk membantu menguatkan lagi bunyi yang masuk ke dalam telinga 









Kesimpulan


     Kemajuan teknologi nampaknya banyak membantu kita untuk mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik. Alatan moden seperti Sinar -X dan juga Alat Bantu Dengar, ternyata banyak membantu ramai manusia di luar dalam mendapatkan keperluan hidup yang maksimum. 

     Walau bagaimana pun, sekalipun teknologi yang ada ini banyak membantu kita, namun perlu lah kita sedari akan kepentingan menjaga organ deria kita dengan baik. Ini juga bagi membolehkan kita menikmati segala kurniaan Tuhan dengan sempurna dan tanpa perlu bersusah payah. Harus juga kita bersyukur dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri supaya dapat menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin